Latiahan masa senggang - Selamat menjawab.
Isi tempat
kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawaban yang paling sesuai.
1. Kehidupan
para peladang di situ akan _________
sekiranya kemarau berterusan.
A.
terjamin B.
terjejas C. terkandas D. terbantut
2. Pertarungan_________ antara Hang Tuah dan
Hang Jebat menyebabkan kedua-duanya keletihan.
A. panas B. sengat
C. sengit D. pantas
3. Perdana Menteri akan mengadakan lawatan _________ ke negara Eropah.
A. singkat B.
pendek C. sekejap D. panjang
4. Pihak Kastam telah berjaya _________ kegiatan
penyeludupan masuk pendatang dari negara jiran.
A. menewaskan B. menjatuhkan C.
menundukkan D. menumpaskan
5. Nenek Limah akan _________ sirehnya dahulu sebelum dimakan.
A. Menumbuk B.
menggentel C. menggobek D. mencanai
6. Ayah hanya sempat menjamah_________ nasi lemak
sebelum ke ladang.
A.
Secubit B.
sejemput C. Sepinggan D. segenggam
7. Beberapa
_________rumah dan _________ jalan raya telah ditenggelami air akibat banjir.
A.
buah
.... sebuah C. batang .... sekeping
B.
buah ....sebatang D. batang
.... sederet
8. Wak Dol
_________ ikan dari kolam itu sebagai lauk pada hari ini.
A. sauk B. disauk C. bersauk D. menyauk
9. Cikgu Hafizi _________ pelbagai rintangan
sebelum berjaya menjadi Guru Cemerlang.
A. harungi B. berharung C. mengharungi D. mengharungkan
10. Adik membeli _________ surat khabar dari Kedai Buku
Berkat.
A. Sebuah B.
sekajang C. sekeping D. senaskhah
11. Pak Seman menggunakan_________ kawat berduri
untuk memagar kebun di belakang rumah.
A. segulung B.
segelung C. serawan D. sebidang
12. Firdaus dan abangnya _________ Pak Seman
memacak tiang kayu untuk memasang kawat berduri.
A. melihat B. menolong C. memandang D. menonton
13. _________, rajinnya mereka menolong Pak Seman!.
A. Hai B. Aduh C. Wah D.
Oh
14. Fatehah menjuarai pertandingan pidato di sekolahnya.
_________, dia dipilih mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.
A. Justeru B.Lepas itu C. Kemudian D. Kalau begitu
15. _________ bergiat dalam bidang nyanyian, Izuddin
juga berbakat dalam lakonan.
A. Tatkala B.
Manakala C. Di samping D. Walaupun
16. _________ hujan turun dengan lebat, perlawanan
bola sepak itu akan dibatalkan.
A. Seandainya B. Sementara
C. Meskipun D. Selagi
Soalan
17 dan Soalan 18
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai
untuk diisikan ke tempat kosong.
17. Haris merupakan _________ pasukannya. Tidak hairanlah
sekiranya dia disayangi jurulatihnya.
A. keras tulang B. tulang
rusuk C. ringan tulang D. tulang belakang
18. Daripada _________sahaja, sudah tahu sama ada
dia seorang yang jujur atau tidak.
A.
air
muka B. air mata C. kaca mata D. bentuk muka
19. Ayahnya bekerja sebagai seorang wartawan
sambilan di sebuah syarikat akhbar.
Perkataan
seerti bagi wartawan ialah
A. penulis B.
pemberita C. budayawan D. penyiar
20. Pak Saleh menerima ucapan takziah atas
kematian anak bongsunya itu.
Perkataan
berlawan bagi takziah ialah
A. terima kasih B. syukur C. tahniah D. sedih
Soalan
21 dan Soalan 22
Pilih jawaban yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
21. Mengapakah
dia menangis teresak-esak?
A. Dia akan menangis lagi.
B. Dia masih belum bersekolah
lagi.
C. Adiknya suka bermain
dengannya.
D. Perutnya berasa sakit dan
memulas-mulas.
Pilih soalan
yang paling sesuai bagi jawaban yang diberikan.
22. Hadid takut dimarahi oleh Cikgu Yusoff kerana
dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
A. Mengapakah Cikgu Yusoff
memarahi Hadid?
B. Mengapakah Hadid takut
untuk pergi ke sekolah?
C. Apakah kerja sekolah yang
diberikan oleh Cikgu Yusoff?
D. Adakah Hadid dimarahi oleh
Cikgu Yusoff kerana tidak menyiapkan kerja sekolah?
Pilih ayat
sama maksud dengan ayat yang diberikan.
23. Bukit Merah Lake Town telah menawarkan tiket istimewa pada musim
cuti sekolah.
A. Pada musim cuti sekolah,
harga tiket telah ditawarkan oleh Bukit
Merah Lake Town.
B. Tiket ditawarkan pada musim
cuti sekolah kepada Bukit Merah Lake Town.
C. Musim cuti sekolah,
penawaran istimewa telah diadakan oleh Bukit Merah Lake Town.
D. Tiket istimewa telah
ditawarkan pada musim cuti sekolah oleh Bukit Merah LakeTown.
24. “Janganlah kamu mensia-siakan masa depan kamu,”
kata Cikgu Ali kepada kami.
A. Cikgu Ali menyuruh kami
supaya jangan mensia-siakn masa depan kami.
B. Cikgu Ali meminta kami
supaya mensia-siakan masa depannya.
C. Cikgu Ali menasihati agar kami
tidak mensia-siakan masa depan kami.
D. Cikgu Ali menyarankan agar kami
memanfaatkan masa kami.
Soalan
25 hingga Soalan 26
Pilih ayat
yang betul.
25
A. Dia beritahu tentang kemalangan itu ke gurunya.
B. Bantuan yang kamu hulurkan
itu amat saya hargai.
C. Saya mendapat berita yang datuk telah dimasukkan hospital.
D. Mereka menyerahkan
bungkusan dadah itu pada polis yang
bertugas.
26
I. Tetamu yang datang tadi tidak
bukan kakak ayah saya.
II. Jejari basikal Salim telah
patah.
III. Awan-gemawan berarak di
langit.
IV. Budak-budak suka makan gula-gula.
A.
I
dan III sahaja
B.
I,
II dan III sahaja
C.
II,
III dan IV sahaja
D.
I,
III dan IV sahaja
Soalan 27 dan Soalan 28
27 &
28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan
perkataan yang bergaris dengan
betul.
I. Segala usaha dan ikhtiarnya
tidak juga hasil.
II. Semua hasil jualan amal ini akan didermakan kepada anak
yatim.
III. Encik Lim telah melunaskan hasil
pintu rumahnya semalam.
IV. Hasil petani dan penternak akan
dipamerkan di Ekspo Pertanian.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II , III dan IVsahaja
28.
I. Petinju itu membaham kawannya
hingga berdarah.
II. Sang harimau telah membaham seekor anak
kambing.
III. Penjual ubat itu
menunjukkan kekuatannya dengan membaham kaca.
IV. Ombak yang ganas itu telah
membaham perahu-perahu nelayan.
A.
I
dan III sahaja
B.
II
dan III sahaja
C.
III
dan IV sahaja
D.
I,
III dan IV sahaja
Soalan 29 dan Soalan 30
( Pilih ayat-ayat yang betul )
29.
I.
Para guru-guru bersetuju untuk mengadakan jamuan amal pada akhir tahun ini. II.
Semua penduduk di kawasan perumahan itu sentiasa bekerjasama. III.
Tiap hari Karim bersenam dengan rakannyadi taman rekreasi.
IV Para tetamu yang hadir
dijemput masuk ke dalam dewan.
A.
II
dan III sahaja
B.
II
dan IV sahaja
C.
I,
II dan III sahaja
D.
I,
II , III dan IV
30.
I. Kegiatan pelancong amat digalakkan dalam
usaha memulihkan ekonomi negara kita.
II. Semua penduduk-penduduk kampung saya bekerja sebagai nelayan.
III. Filem hebat itu dibintangi oleh pelakon yang
handal-handal belaka.
IV. Ah Ling terkebil-kebil menunggu keputusan
yang bakal diterimanya.
A.
I
dan II sahaja
B.
I
dan IV sahaja
C.
II
dan IV sahaja
D.
III dan
IV sahaja