Thursday, 10 May 2012


Contoh mengesan nilai    -  Bahagian C

Ana        :  Apa khabar, Halim?
Halim    :  Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak  berselera untuk makan.
Ana        :  Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan                                 
                  bagaimana nak sihat?
Halim    :     Terima kasih atas ingatan awak.
Ana        :    Eh tentulah! Kita berkawan mesti saling mengingati.
Halim    :    Apa khabar kawan-kawan kita?
Ana        :  Oh, semuanya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata             
                  doktor tentang penyakit awak?
Halim    :     Doktor menyatakan bahawa saya disyaki menghidap demam  denggi.
Ana        :  Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita                         
                  mesti pastikan air tidak bertakung agar  nyamuk aedes tidak membiak.
Halim    :  Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.
Ana        :  Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk                             
                 pulang awal. Ini ada beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa 
                 bosan awak.
Halim    :  Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi   masa lapang saya di sini.  
                Berhati-hati semasa pulang. Sampaikan   salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak.

NILAI YANG DITAFSIR
q     Berbudi bahasa / sopan santun (bertanya khabar  apabila   bertemu rakan)
q     Memberi nasihat (makan makanan berkhasiat)
q     Mendoakan kesihatan rakan (cepat sembuh daripada penyakit)
q     Kerjasama (menjaga kebersihan )
q     Menepati janji (apabila berjanji dengan ibu bapa atau   seseorang)
q    Baik hati (Meminjamkan buku)
q     Prihatin (menziarahi kawan sakit)

No comments:

Post a Comment