Saturday, 28 April 2012

Latiahan masa senggang -  Selamat menjawab.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawaban yang paling sesuai.
1.    Kehidupan para peladang  di situ akan _________ sekiranya kemarau berterusan.
A.    terjamin           B.  terjejas        C.  terkandas              D.  terbantut
2.    Pertarungan_________ antara Hang Tuah dan Hang Jebat menyebabkan kedua-duanya keletihan.
A.    panas              B.  sengat          C.   sengit       D. pantas
3.   Perdana Menteri  akan mengadakan lawatan  _________ ke negara Eropah.
A.    singkat              B.  pendek       C.  sekejap     D.  panjang
4.   Pihak Kastam telah berjaya _________ kegiatan penyeludupan masuk pendatang dari negara jiran.
A.    menewaskan Bmenjatuhkan          C. menundukkan        D.  menumpaskan
5.    Nenek Limah  akan _________ sirehnya dahulu sebelum dimakan.
A.    Menumbuk      B.  menggentel            C.  menggobek           D.  mencanai
6.   Ayah hanya sempat menjamah_________ nasi lemak sebelum ke ladang.
A.    Secubit            B.  sejemput               C.  Sepinggan             D.  segenggam
7.    Beberapa _________rumah dan _________ jalan raya telah ditenggelami air akibat banjir.
A.    buah .... sebuah          C.  batang  .... sekeping
B.    buah  ....sebatang       D.  batang  .... sederet
8.   Wak Dol  _________ ikan dari kolam itu sebagai lauk pada hari ini.
A.    sauk                B.  disauk                    C.  bersauk                 D.  menyauk
9.    Cikgu Hafizi _________ pelbagai rintangan sebelum  berjaya menjadi Guru Cemerlang.
A.    harungi            B.  berharung              C.  mengharungi         D.  mengharungkan
10.  Adik  membeli _________ surat khabar dari Kedai Buku Berkat.
A.    Sebuah            B.  sekajang                C.  sekeping                D.  senaskhah
11. Pak Seman menggunakan_________ kawat berduri untuk memagar kebun di belakang rumah.
A.    segulung          B.  segelung                C. serawan                  D.  sebidang
12. Firdaus dan abangnya _________ Pak Seman memacak tiang kayu untuk memasang kawat berduri.
A.    melihat                        B.  menolong               C.  memandang          D.  menonton
13.  _________, rajinnya mereka  menolong  Pak Seman!.
A.    Hai                   B.  Aduh          C.  Wah           D. Oh
14. Fatehah  menjuarai pertandingan pidato di sekolahnya. _________, dia dipilih mewakili sekolahnya ke peringkat daerah.
A.    Justeru             B.Lepas itu     C.  Kemudian              D.  Kalau begitu
15. _________ bergiat dalam bidang nyanyian, Izuddin juga berbakat dalam lakonan.
A.    Tatkala            B.  Manakala               C.  Di samping            D.  Walaupun
16. _________ hujan turun dengan lebat, perlawanan bola sepak itu akan dibatalkan.
A.    Seandainya     B.  Sementara             C.  Meskipun               D.  Selagi
Soalan 17 dan Soalan 18
Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong.
17. Haris  merupakan _________ pasukannya. Tidak hairanlah sekiranya dia disayangi jurulatihnya.
A.    keras tulang    B.  tulang rusuk           C.  ringan tulang          D.  tulang belakang
18. Daripada _________sahaja, sudah tahu sama ada dia seorang yang jujur atau tidak.
A.    air muka        B.  air mata                 C.  kaca mata             D.  bentuk muka
19.   Ayahnya bekerja sebagai seorang wartawan sambilan di sebuah syarikat akhbar.
        Perkataan  seerti  bagi wartawan ialah
A.    penulis             B.  pemberita              C.  budayawan            D.  penyiar
20.  Pak Saleh menerima ucapan takziah atas kematian anak bongsunya itu.
       Perkataan berlawan bagi takziah ialah
A.    terima kasih    B.  syukur                    C.  tahniah                   D.  sedih
Soalan 21 dan Soalan 22
Pilih  jawaban yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
 21. Mengapakah dia menangis teresak-esak?
A.    Dia akan menangis lagi.
B.    Dia masih belum bersekolah lagi.
C.   Adiknya suka bermain dengannya.
D.   Perutnya berasa sakit dan memulas-mulas.


Pilih  soalan yang paling sesuai bagi  jawaban yang diberikan.
22. Hadid takut dimarahi oleh Cikgu Yusoff kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
A.    Mengapakah Cikgu Yusoff memarahi Hadid?
B.    Mengapakah Hadid takut untuk pergi ke sekolah?
C.   Apakah kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Yusoff?
D.   Adakah Hadid dimarahi oleh Cikgu Yusoff kerana tidak menyiapkan kerja sekolah?

Pilih ayat  sama maksud dengan ayat yang diberikan.
23. Bukit Merah Lake Town  telah menawarkan tiket istimewa pada musim cuti  sekolah.
A.    Pada musim cuti sekolah, harga tiket  telah ditawarkan oleh Bukit Merah Lake Town.
B.    Tiket ditawarkan pada musim cuti sekolah kepada Bukit Merah Lake Town.
C.   Musim cuti sekolah, penawaran istimewa telah diadakan oleh Bukit Merah Lake Town.
D.   Tiket istimewa telah ditawarkan pada musim cuti sekolah oleh Bukit Merah LakeTown.
24. “Janganlah kamu mensia-siakan masa depan kamu,” kata Cikgu Ali kepada kami.
A.    Cikgu Ali menyuruh kami supaya jangan mensia-siakn masa depan kami.
B.    Cikgu Ali meminta kami supaya mensia-siakan masa depannya.
C.   Cikgu Ali menasihati agar kami tidak mensia-siakan masa depan kami.
D.   Cikgu Ali menyarankan agar kami memanfaatkan masa kami.
Soalan 25 hingga Soalan 26
Pilih ayat  yang betul.
25
A.    Dia  beritahu tentang kemalangan itu ke gurunya.
B.    Bantuan yang kamu hulurkan itu amat saya hargai.
C.   Saya mendapat  berita yang datuk telah dimasukkan  hospital.
D.   Mereka menyerahkan bungkusan  dadah itu pada polis yang bertugas.
26
      I.  Tetamu yang datang tadi tidak bukan  kakak ayah saya.
    II.  Jejari basikal Salim telah patah.
   III.  Awan-gemawan berarak di langit.
  IV.  Budak-budak suka makan gula-gula.

A.  I dan III sahaja
B.  I, II dan III sahaja
C.  II, III dan IV sahaja
D.  I, III dan IV sahaja

Soalan 27 dan Soalan 28
27  &  28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan  perkataan yang bergaris dengan betul.
      I.  Segala usaha dan ikhtiarnya tidak juga hasil.
    II.  Semua hasil  jualan amal ini akan didermakan kepada anak yatim.
   III.  Encik Lim telah melunaskan hasil pintu rumahnya semalam.
  IV.  Hasil petani dan penternak akan dipamerkan di Ekspo Pertanian.

A.    I dan II sahaja
B.    II dan III sahaja
C.   II, III dan IV sahaja
D.   I, II , III dan IVsahaja
28.
       I. Petinju itu membaham kawannya hingga berdarah.
      II. Sang  harimau telah membaham seekor anak kambing.
    III. Penjual ubat itu menunjukkan kekuatannya dengan membaham kaca.
    IV. Ombak yang ganas itu telah membaham perahu-perahu nelayan.

A.    I dan III sahaja
B.    II dan III sahaja
C.   III dan IV sahaja
D.   I, III  dan IV sahaja
Soalan 29 dan Soalan 30 (  Pilih ayat-ayat yang betul  )
29.
I.   Para guru-guru bersetuju untuk mengadakan jamuan amal  pada akhir tahun ini.       II.  Semua penduduk di kawasan perumahan itu sentiasa bekerjasama.                                           III. Tiap hari Karim bersenam dengan rakannyadi taman rekreasi.                                                IV  Para tetamu yang hadir dijemput  masuk ke dalam dewan.                                                 
A.    II dan III sahaja
B.    II dan IV sahaja
C.   I, II dan III sahaja
D.   I, II , III dan IV
30.
       I.  Kegiatan pelancong amat digalakkan dalam usaha memulihkan ekonomi negara kita.
      II.  Semua penduduk-penduduk  kampung saya bekerja sebagai nelayan.
    III.  Filem hebat itu dibintangi oleh pelakon yang handal-handal belaka.
    IV.  Ah Ling terkebil-kebil menunggu keputusan yang bakal diterimanya.

A.    I dan II sahaja
B.    I dan IV sahaja
C.   II dan IV sahaja
D.    III  dan IV sahaja

Monday, 23 April 2012

PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6


BAHASA MELAYU TAHUN 6

TEMA : WARISAN ALAM

TAJUK : Mensyukuri nikmat alam

Sunday, 22 April 2012

Latihan Bahagian C Penulisan


BAHAGIAN C, ( MEMBINA ULASAN )

1  Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti.
2  Pastikan sama ada soalan nilai murni, pengajaran atau amalan baik.
3  Mengecam idea  - garis frasa/ayat yang menyatakan nilai murni / pengajaran
4  Menyenarai idea – sekurang-kurangnya 5 nilai murni / pengajaran
5  Mengulas idea – dalam SATU perenggan
6  Menyemak dan buat pembetulan

PANDUAN MEMBUAT ULASAN

Menulis Ulasan

1.    Jawapan Bersifat Positif:                     Jawapan Bersifat Negatif: 
       - Kita mestilah                                          - Kita tidak boleh  
       - Kita perlulah                                          -  Kita janganlah
       - Kita hendaklah                                     -  Kita tidak patut
       - Kita sepatutnya                                     -  Kita tidak seharusnya
       - Kita sewajarnya

2  Nilai murni / pengajaran boleh terdiri daripada nilai yang tersurat atau tersirat.
3  Guna penanda wacana yang sesuai:
    - Selain itu, Oleh itu, Di samping itu, Justeru, Seterusnya, Selanjutnya,   
      Akhirnya

NILAI MURNI / PENGAJARAN

      Baik hati                                            Kerajinan
      Bekerjasama                                     Kesederhanaan
      Bersyukur                                          Berterima kasih
      Amanah                                             Keikhlasan
      Kepatuhan                                        Keadilan
      Berjimat-cermat                                Belas kasihan
      Berdikari                                            Sopan santun
      Hormat-menghormati                      Kasih sayang
      Tolong-menolong                            Keberanian
      Kebersihan                                      Kejujuran


            PETUA ( ASSDA  )
         AAntara nilai murni / pengajarannya  kita HAruslah…..
         SSeterusnya kita HEndaklah…..
         SSelain itu kita MEstilah ……
         DDi samping itu kita PErlulah ….
         AAkhir sekali kita SEwajarnya .....

LATIHAN
Tulis kata kunci serta nilai murni yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

Contoh      : Setiap hari Aiman membantu ayahnya mencuci kereta.
Kata kunci : membantu ayahnya mencuci kereta
Nilai murni : rajin, berbakti, tolong-menolong

1  Ammar  mengisi masa lapangnya dengan membaca buku di perpustakaan awam.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

2  Abdan menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

3  Izzati memimpin tangan seorang perempuan tua yang ingin melintas jalan.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

4  Setiap malam, Naufal akan menggosok giginya sebelum tidur.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

5  Adila rajin menolong ibunya mengemas rumah dan memasak di dapur.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

6  Pada hari minggu Zafran akan membantu bapanya berkebun di belakang rumah.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

7  Encik Zahidi memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

8  Aina menjaga buku teks yang dipinjamnya dengan baik.
Kata kunci  : _____________________________________________________________
Nilai murni : _____________________________________________________________

Tuliskan lima nilai / pengajaran yang terdapat dalam petikan. Jawapan kamu mestilah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
      
 Nazmi dan Aiman pergi ke perpustakaan pada waktu rehat. Mereka duduk di satu sudut perpustakaan sambil membaca majalah berkaitan dengan alam angkasa. Bagi mereka, alam angkasa amat menarik untuk diteroka dan merupakan anugerah Tuhan yang harus disyukuri oleh manusia.

         Nazmi dan Aiman ingin mendalami bidang astronomi yang amat diminati itu. Datuk Dr. Sheikh Muszafar yang merupakan Angkasawan Pertama Malaysia itu menjadi idola mereka. Justeru, setiap artikel yang diperoleh oleh mereka akan disimpan dengan baik.  Di dalam bilik mereka juga terdapat banyak gambar Datuk Dr. Sheikh Muszafar semasa mengikuti misi ke bulan. Nazmi dan Aiman tidak kedekut ilmu. Mereka selalu berkongsi maklumat yang diperoleh daripada majalah, surat khabar mahupun buku.  Mereka mencari maklumat dengan melayari Internet di sekolah.Mereka juga kerap bertanya guru Sains tentang perkara yang kurang difahami oleh mereka. Mereka berharap suatu hari nanti impian mereka untuk menceburi bidang angkasawan akan tercapai.





Kita mestilah ________________________________________________________ ___________________________________________________________________
Seterusnya, kita hendaklah_____________________________________________ ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Selain itu, kita haruslah ________________________________________________
___________________________________________________________________
Di samping itu, kita perlulah_____________________________________________
___________________________________________________________________
Akhir sekali, kita sewajarnya_____________________________________________
___________________________________________________________________




LATIHAN  1
BAHAGIAN C, ( 20 markah )
( Masa  yang dicadangkan :  20 minit )

Tulis lima nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Amin dimasukkan ke hospital kelmarin.  Berita ini tersebar dengan cepat di sekolah.   Cikgu dan beberapa orang rakan-rakannya  melawat Amin dengan membawa buah tangan.
            Amin gembira dengan kehadiran  guru dan rakan-rakannya.  Doktor memberitahu Amin mengalami keracunan makanan.  Punca keracunan itu masih dalam siasatan. Walau bagaimanapun punca sebenarnya  ialah Amin membeli minuman di gerai di tepi jalan berhampiran sekolah.  Gerai itu  sangat kotor dan banyak lalat.  Sementara peniaganya pula tidak mementingkan kebersihan.  Ramai murid yang berurusan di gerai tersebut.
             Amin menyesal kerana dia tidak mengawal nafsu makannya.  Dia akan membeli dan makan apa sahaja walaupun dia telah kekenyangan.
                Doktor telah memberi nasihat kepada Amin supaya mengawal pemakanan dan sentiasa mementingkan kesihatan dan makan di gerai yang bersih. Sebelum beredar pulang guru dan rakan-rakannya berdoa agar Amin cepat sembuh dan sentiasa mematuhi arahan untuk mengambil ubat.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(  A  S  S  D  A -  Ha,  He,  Me,  Pe,  Se  )
LATIHAN  2
BAHAGIAN C,  ( 20 markah )
( Masa  yang dicadangkan :  20 minit )

Tulis lima nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


        Hari ini merupakan hari pertama persekolah pada tahun ini.  Aiman bangun awal dan membersihkan badannya.  Setelah siap Aiman terus bersarapan bersama ibu, ayah dan kakaknya.  
        Aiman meletakkan semua peralatan persekolahan  di dalam begnya.  Aiman telah menyiapkannya sejak semalam lagi.  Aiman memberitahu ibu dan ayahnya dia hendak ke sekolah.   Ayahnya telah memberi wang saku dan ibunya pula menyediakan bekalan makanan untuknya.  Aiman mengucapkan terima kasih atas pemberian ibu dan ayahnya. 
         Aiman berbasikal ke sekolah bersama  rakan-rakannya.  Mereka menunggang dengan berhati-hati dan tidak berlumba di jalan raya.  Sesampai sahaja di sekolah mereka terus ke tapak perhimpunan.  
         Pada waktu rehat Aiman ke kantin.  Dia berkongsi bekalan dengan rakan-rakannya.  Setelah tamat sesi persekolahan pada hari itu Aiman terus pulang ke rumah.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(  A  S  S  D  A -  Ha,  He,  Me,  Pe,  Se  )









MENABUR BAKTI



Pengalaman mengajar di SK Tanah Liat...

Thursday, 19 April 2012

Tuesday, 17 April 2012

 STRATEGI MENJAWAB PENULISAN ( Bahagian B )

      (  Batu Feringghi Indah Ramai Kawan Suka )

BATU              -  Baca dengan teliti (garis)
FERINGHI      -  Fahami kehendak soalan.   Tentukan jenis dan format                   
INDAH           -  Cari  isi (peta  minda)
RAMAI           -  Rangka karangan      (Pendahuluan, isi, dan penutup)
KAWAN         - Karang atau tulis
SUKA             -  Semak ( betul dan baiki  kesalahan)

Petua mengembangkan ayat dalam perenggan ( penulisan bahagian B)

PETUA MENGEMBANGKAN ISI   DI DALAM PERENGGAN   ( IU  + H  + C ) =  Isi utama + huraian +contoh

Contoh A
          Saya suka makan laksa. Laksa boleh dibeli di kantin sekolah.  Rasanya sungguh enak.    Saya  berasa kenyang  dan suka hati setelah makan laksa. 
Contoh B
          Aktiviti membaca menambahkan ilmu pengetahuan  kita.  …………………………….………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Contoh C
         Menabung dapat menjamin masa hadapan kita.  .......  …………………………………………………………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………………………………….